NETKL NETWORK

netkl network

“Your connection to this server has been blocked” (B.Melayu)

Jika anda nampak mesej tersebut di skrin :

Your connection to this server has been blocked in this server’s firewall.

You need to contact the server owner for further information.
Your blocked IP address is 123.123.123.123

This server’s hostname is ww5.netkl.org

ia bermakna, IP internet anda telah diblock oleh firewall server kami.

Buat makluman; IP klien hanya akan diblock secara OTOMATIK, sekiranya server kami kesan aktiviti yg mencurigakan di dalam akaun klien, contohnya :

1) klien masukkan username & password yg salah ketika setup email di komputer/laptop/handphone (kami tak pasti, anda guna guna device apa)
2) klien masukkan username & password yg salah ketika login ke cPanel
3) klien masukkan username & password yg salah ketika login ke FTP
4) internet klien tidak stabil, sehinggakan IP mereka asyik berubah2 (seolah cubaan hacking/attack ke server)
5) script website klien yg berbahaya (mengandungi malicious codes & loopholes), yg telah/bakal mengakibatkan pencerobohan hacker.
6) software FileZilla bermasalah. Sila guna software FTP lain (cth: Flash FXP : https://www.flashfxp.com/download , atau, Core FTP).

Ini semua dilakukan demi keselamatan akaun klien kami (termasuk anda).

Untuk unblock IP tersebut, mudah saja. Sila OFF kan sahaja modem internet anda, dan ON kan semula.

Jika masih gagal unblock guna kaedah di atas (atau, IP blockage berulang lagi) :

a) sila login ke dalam Client Area : https://billing.netkl.com/clientarea.php
b) kemudian, tekan link ini : https://billing.netkl.com/index.php?m=unbanCenter
c) kemudian, tekan butang ‘Check IP’.
d) kemudian, tekan butang ‘Choose Product’ (di mana, anda akan nampak log di situ, yg menjelaskan punca IP kena block).
e) dan akhir sekali, tekan butang ‘Unban IP’ utk unblock IP internet anda segera.

Setelah mengetahui puncanya (Step d di atas), sila ambil tindakan yg sepatutnya, bagi mengelakkan masalah berulang.

Jika anda tidak faham maksud ‘log’ yg muncul di Step c) di atas, sila Copy mesej tersebut, dan Paste kan di sini (atau Capture Snapshot), supaya kami boleh sahkan/terangkan maksudnya.

Jika perlukan sebarang info/bantuan lagi, sila hubungi kami segera.

“Your connection to this server has been blocked” (B.Melayu)
Scroll to top