Soalan :
Saya pernah install WordPress secara manual (guna FTP). Tetapi, kemudian jadi “Error establishing a database connection”. Mengapa ya?
Jawapan :
– Masalah ini sering berlaku, apabila klien install WordPress secara manual (guna FTP). Ia berlaku kerana klien tidak buat setting2 yg betul ketika installation (iaitu ketika create database).Klien mungkin masukkan username dan password cpanel sebagai user/password DB, atau nama domain sebagai host. cara ini salah dan sangat merbahaya kerana hacker dengan mudah tahu username/password cPanel anda. Walaupun ia ok dan berfungsi, lambat laun ia akan jadi error sebab cara install tersebut salah.
– Untuk baiki masalah ini, anda perlu re-setting semula User Database tersebut di dalam cPanel ( https://www.netkl.com/tutorials/cpanel/cpanel-x3-createmysql.html ) serta passwordnya, kemudian, modify semula configuration dalam wp-config.php (seperti setting yang anda buat dalam cPanel).
(Amaran ! : Jangan delete database dari cPanel kerana ia akan menyebabkan kesemua data website anda hilang )
– Untuk elakkan masalah seperti ini di masa hadapan, kami sarankan klien2 agar sentiasa memilih utk menggunakan Softaculous Auto-Installer (yg terdapat di dalam cPanel), jika mahu install mana2 template yg popular (seperti WordPress, OpenCart, Joomla, dsb nya : https://www.softaculous.com/softwares ), kerana ia lebih mudah, cepat, dan bebas-error. ( Utk info lanjut, sila rujuk ‘Install our FREE web templates’ ini : https://billing.netkl.com/webdesign.php )