Pengumuman : Kenaikan harga domain, bermula 31 Oktober 2015 (12.01 am)

Pelanggan yang kami hormati,

Seperti yang anda sedia maklum, harga domain & servis Privacy Protection di NetKL adalah antara yang termurah di Malaysia.

Walaubagaimanapun, berikutan penyusutan nilai Ringgit (MYR) berbanding US Dollar (USD) yang berterusan sejak akhir-akhir ini, kos domain tersebut telah meningkat, sehingga melebihi harga jualan yang kami tawarkan kepada pelanggan.

Oleh itu, bermula dari 31 Oktober 2015 (Sabtu) (pukul 12.01 pagi), kami terpaksa menaikkan harga domain-domain tersebut & servis Privacy Protection kepada harga baru, seperti di bawah :

– Harga baru domain gTLDs (iaitu .com, .net, .org, .biz, .info, dan .name) ialah = RM45 setahun

(*Harga baru bagi domain-domain selain gTLDs di atas, akan dikemaskini di website NetKL kelak).

– Harga baru servis Privacy Protection ialah = RM15 setahun (servis OPTIONAL sahaja)

(Apa itu servis Privacy Protection? : http://netkl.org/apa-itu-id-protection/ )

PERHATIAN :

1) Jika anda ada sebarang invois yang masih belum dibayar, anda disarankan untuk membuat bayaran segera,SEBELUM 31 Oktober 2015, bagi mengelakkan kenaikanharga tersebut. Selepas membuat bayaran, sila hantar butiran bayaran ke support@netkl.com segera, dan pastikan anda terima Ticket Number. (Sila baca Payment Notification Terms kami di sini : www.netkl.com/payment.html )

2) Jika anda terima invois SEBELUM 31 Oktober 2015 (dengan harga lama), tetapi hanya membuat bayaran SELEPAS 31 Oktober 2015 (selepas 12.01 am), sila maklum bahawa; harga lama yang tertera di dalam invois tersebut sudah tidak boleh digunapakai lagi. Anda perlu buat bayaran tambahan (iaitu perbezaan harga baru & harga lama), sebelum kami dapat aktifkan/renew servis yang anda langgani. Selepas membuat bayaran, sila emailkan butiran bayaran ke support@netkl.com segera (Sila baca Payment Notification Terms kami di sini : www.netkl.com/payment.html )

3) Walaubagaimanapun, jika anda beli hosting baru dari NetKL (menggunakan domain BARU), kos domain tersebut masih akan di serap oleh NetKL (bermakna, anda akan dapat domain tersebut secara PERCUMA seumur hidup*). ( *Selagi anda renew hosting tersebut dengan kami setiap tahun, selagi itu lah domain tersebut kekal PERCUMA).

Seiring dengan peningkatan harga ini, kami akan cuba sedaya upaya untuk mengekalkan/memperbaiki mutu perkhidmatan kami, supaya anda terus berpuas hati.

Terima kasih kerana terus menggunakan NetKL.

Segala sokongan anda amat kami hargai.

Jika anda perlukan apa-apa penjelasan lagi, sila hubungi kami semula.

Inline
Inline