NETKL NETWORK

netkl network

Apakah maksud CPU, EP, IO, PMEM, NPROC & IOPS ?

Contoh dibawah dengan mengandaikan pakej myGold. Makluamt lanjut Pakej Hosting Disini.

CPU: 100%

CPU 100% bermaksud 100% dari jumlah core mengikut pakej hosting anda. Oleh itu, jika pakej hosting anda myGold, maka anda boleh guna 100% dari 2 core CPU. Jika anda mencapai 100% dari dua core tersebut, CloudLinux akan melambatkan laman web anda sehingga penggunaannya di bawah 100%. Mencapai limit ini tidak akan menyebabkan laman web anda memaparkan mesej ralat selagi script website anda tidak mencapai limit time out.

EP: 20

EP bermaksud ‘Entry Processes’. Ini adalah jumlah sambungan Apache ‘serentak’ yang dapat dikekalkan oleh laman web anda. Jangan keliru dengan jumlah connection atau jumlah pelawat yang boleh menjadi ratusan bahkan ribuan. Serentak bermaksud proses yang berlaku pada masa yang sama. Cara mudah untuk menggambarkan ini adalah 20 pelawat semua mengklik pautan pada saat yang sama. Anda mungkin mempunyai ratusan atau ribuan pelawat di laman web anda tetapi kemungkinan lebih daripada segelintir melakukan ‘serentak’ sangat rendah. Website yang mencapai had ini secara amnya diserang oleh bot dan crawlers. Sekiranya laman web anda mencapai had ini, ia akan memaparkan mesej ‘error 503’.

IO: 3MB/s

Maksud IO ialah Input/Output. Inilah cara kerja Hard Disk untuk membaca dan menulis data anda. Had pakej myGold ditetapkan pada 3MB/s. Sekiranya anda mencapai had ini, laman web anda akan terus tersedia, ia berfungsi sedikit lebih perlahan sehingga penggunaannya turun dibawah 3MB/s.

PMEM: 1.5G

PMEM bermaksud ‘Physical Memory’ dan limit untuk pakej myGold ialah 1.5GB. Sekiranya laman web anda mencapai limit Physical Memory, ia biasanya akan menampilkan ralat ‘error 503’ atau ‘error 500’.

NPROC: 200

NPROC bermaksud ‘Number of Processes’. Ini adalah jumlah keseluruhan proses aktif yang dibenarkan pada domain. Ini merangkumi semua perkhidmatan seperti HTTPD (sambungan laman web), proses PHP, SMTP / IMAP / Sendmail, Cronjobs dan lain-lain. Setelah had 200 dicapai, tidak ada proses baru yang dapat diproses sehingga yang lain berakhir. Mencapai limit ini secara amnya mengakibatkan paparan ralat error 500 atau error 503.

IOPS: 2048

Maksud IOPS ialah ‘Input/Output per second’. Had IOPS menghadkan jumlah operasi membaca/menulis sesaat. Limit IOPS pakej myGold ialah 2048. Sekiranya mencapai limit, operasi baca/tulis hanya masuk ke dalam keadaan ‘wait’, pada dasarnya menunggu dalam barisan untuk satu operasi di hadapannya berakhir. Laman web anda akan jadi perlahan dan akan memaparkan ralat error 500 atau error 503 sekiranya berada dalam proses ‘wait’ terlalu lama sehingga mencapai limit time out.

 

Tips:

WordPress yang dipasang sangat lama dan tidak pernah diupdate, samada versi wordpress, plugin atau theme boleh menyebabkan masalah. Kemungkinan bot malware menyerang website anda tanpa henti. Mengemas kini wordpress, plugin atau theme akan menyelesaikan kebanyakan masalah penggunaan resource.

Install content dari sumber yang sah sahaja. content dari sumber tidak sah mungkin sudah dibundle dengan virus/malware.

Jangan percaya dengan plugin plugin SEO, menaikkan ranking, sebab kebanyakannya hanya akan menaikkan ranking owner plugin itu sendiri. ia hanya akan menyebabkan hosting anda kena limit dan akan menyebabkan masalah pada laman web anda.

 

Apakah maksud CPU, EP, IO, PMEM, NPROC & IOPS ?
Scroll to top