“Bandwidth Limit Exceeded” (B.Melayu)

Soalan :

Saya buka website saya, dan mesej ” Bandwidth Limit Exceeded ” muncul. Apa maksudnya ya? Bagaimana utk selesaikan masalah tersebut?

 

Jawapan :

Mesej tersebut bermaksud; quota bandwidth anda pada bulan ini, telah habis digunakan.

Maksud bandwidth ialah = jumlah atau saiz fail/data (yg dikira dlm MB atau GB) yg telah di view/upload/download oleh pelawat2 website anda dalam tempoh SEBULAN. Jumlah penggunaan bandwidth akan terkumpul setiap hari, sehinggalah hujung bulan. Samada anda guna bandwidth ini sepenuhnya, (atau kurang, atau lebih), kiraan bandwidth anda akan di reset semula kepada kosong (0) pada setiap awal bulan (1hb).

(Nota: Anda boleh check statistik terperinci penggunaan bandwidth anda, dgn login ke cPanel –> tekan butang ‘Awstat’ ).

Jika anda menggunakan pakej mySilver (contohnya) : http://billing.netkl.com/cart.php , ia menawarkan limit bandwidth sebanyak 7 GB sebulan.

Jika belum pun sampai sebulan, anda sudah pun capai penggunaan maksimum bandwidth yg dibenarkan (iaitu 7 GB), anda kena topup bandwidth tersebut. Jika tidak, website anda tidak akan dapat di akses lagi, selagi anda belum topup.

Harga untuk topup bandwidth ialah : http://billing.netkl.com/cart.php?gid=11

4 GB bandwidth tambahan (sebulan) = RM10 sebulan
10 GB bandwidth tambahan (sebulan) = RM20 sebulan

Jika anda tidak mahu topup, anda boleh biarkan sahaja website anda offline, dan tunggu sehingga bandwidth anda di reset kepada kosong (0) semula, pada bulan berikutnya (1hb). Maka, ia akan kembali online semula.

Namun, jika masalah tak cukup bandwidth ini berlaku hampir tiap2 bulan, anda disarankan utk UPGRADE pakej hosting anda kpd pakej yg lebih besar lagi (lihat sini : http://billing.netkl.com/cart.php). Kos utk upgrade ialah = harga perbezaan sahaja.

Contoh :
– Kos upgrade dari mySilver (RM60) (bandwidth = 7GB sebulan) ke myGold (RM100) (bandwidth = 20GB sebulan) ialah = RM40.
– Kos upgrade dari mySilver (RM60) (bandwidth = 7GB sebulan) ke myPlatinum (RM200) (bandwidth = 45GB sebulan) ialah = RM140.

Tetapi, jika hosting anda bakal expired tak lama lagi (kurang dari 6 bulan), kami akan berikan harga upgrade secara pro-rata. Sila hubungi support@netkl.com , utk dapatkan harga pro-rata yg tepat.

Inline
Inline